Wednesday 25 August 2010

KERAJAAN DAN PERANANYA

Menurut Appadorai, kerajaan berperanan sebagai sebuah agensi atau alat untuk merumus, melaksanakan dan menyatakan cita-cita negara. Umumnya, kerajaan juga dinyatakan sebagai sebahgian daripada negara, iaitu mekanisme yang melaksanakan kekuasaan dan sesuatu dasar bagi pihak negara.

Tuesday 24 August 2010

KERAJAAN

Kerajaan ditubuhkan atas dasar keinginan manusia yang mahukan kesejahteraan. Kerajaan mendapat keabsahan daripada rakyat, terutama untuk memimpin mereka ke arah kesejateran atau taraf hidup yang lebih baik.Oleh itu, kerajaan di ujudkan untuk menjamin cita rasa rakyat untuk kestabilan negara.

CORAK POLITIK DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan kongsi pengasingan kuasa. Tetapi, pembahagiaanya tidak ketat walaupun terdapat tiga badan pemerintah, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Malaysia mengamalkan corak percantuman kuasa (fusion of power), iaitu badan pemerintahan dan badan perundangan dianggotai oleh orang yang sama dan mereka bertanggungjawab akan atas dasar-dasar kementerian dan secara keseluruhan kepada parlimen. Manakala, kehakiman ataupun mahkamah pula mempunyai kuasa yang tersendiri dan dianggotai oleh orang yang berlaianan.

POLITIK NEGARA

Negara boleh menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk membuat peraturan bagi semua lapisan masyarakat.Rakyat sememangnya adalah di bawah bidang kuasa negara dan mereka menjadi ahli secara wajib.Semua anggota masyarakat adalah di bawah penguasaan negara.Negara dinilai daripada keluasan tanah atau penaklukan jajahan dan setiap negara yang wujud adalah merdeka dan berdaulat.

Monday 23 August 2010

NEGARA DAN POLITIK

Dalam sebuah negara, politik memainkan peranan penting dalam menentukan pihak manakah yang akan memegang teraju pemerintahan tersebut. Politik boleh disamakan juga sebagai kerajaan, tetapi bagi D. D. Raphael politik itu merangkumi perbuatan dan tingkah laku rakyat atau sesebuah masyarakat yang membawa banyak kebaikan kepada mereka sendiri melalui proses mempengaruhi kerajaan. Kerajaan juga boleh ditafsirkan sebagai satu badan yang merangka undang-undang sesebuah negara.

PENGARUH DALAM SISTEM POLITIK


Apabila bercakap tentang kuasa,tidak dapat lari daripada menggunakan perkataan pengaruh. Pengaruh yang dimaksudkan ialah pengaruh kuasa yang dibentuk. Maksud pengaruh secara logiknya, kita bolehlah mengatakan bahawa A boleh mempengaruhi B sekiranya kehendak A menyebabkan perubahan pada tingkah laku B. Seseorang yang berpengaruh hanya boleh mempengaruhi individu atau masyarakat dalam perkara tertentu.

SUMBER KUASA

Terdapat tiga sumber kuasa. Pertama, personaliti, iaitu unsur-unsur peribadi penting seperti keadaan fizikal, kecerdasan, cara berpidato, akhlak seorang pemimpin. sebenarnya kesemua sifat peribadi pemimpin itu dapat dikatakan sebagai sifat karismatik. karisma atau daya penarikan seorang pemimpin boleh menolong dan mendorong pemimpin menjayakan sesuatu yang diingini oleh pemimpin untuk mengasuh atau mempengaruhi para pengikutnya. Antara pemimpin yang mempunyai daya penarik yang kuat ialah Mao-tse Tung, Sukarno, Mahatma Gandhi, Gamal Nasser, John F. Kennedy dan Ayatollah Khomeini. Namun, semua pemimpin berkarisma sememangnya memerlukan organisasi tertentu untuk mencapai cita-cita.

KEPENTINGAN KUASA

Terdapat lima faktor kepentingan kuasa, iaitu:

  • Kuasa penting bagi seorang pemimpin mencapai matlamat dan kehendaknya.
  • Kuasa penting bagi seorang pemimpin untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang diperintah bagi melaksanakan dan menjalankan sesuatu dasar.
  • Kuasa diperlukan oleh pemimpin supaya orang lain menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadapnya serta mengikut perintahnya.
  • Kuasa sering digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mencapai matlamat diri sendiri (individu).
  • Kuasa adalah lambang kemegahan dan kekuatan kerana hanya orang yang berkuasa sahaja bebas melakukan, terutama pemimpin yang berkuasa mutlak.

DEFINISI KUASA

Konsep kuasa merupakan salah satu daripada konsep utama pengkajian politik. Segala kegiatan atau proses politik dikatakan berkisar atas persoalan kuasa. Konsep kuasa membawa pelbagai maksud dan ia terpulang kepada keadaan tertentu dalam masa istilah tersebut digunakan. Kuasa didefinisikan sebagai sejenis keupayaan atai ciri semula jadi pemerintah. Ia juga dianggap sebagai sejenis keupayaan untuk menyelesaikan masalah, melaksanakan sesuatu di mana manusia yang boleh mendatangkan sifat kestiaan di kalangan orang perseorangan. Kuasa juga bermaksud pengaruh, bercorak kawalan dan juga dikerah untuk mempengaruhi ketaasetian rakyat. Jika ia digunakan secara berkesan ia boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain.

HUBUNGAN SAINS POLITIK DENGAN SAINS SOSIAL YANG LAIN

Sejarah
Seorang ahli sejarah bertujuan menianjau akan masa lampau. Ahli politik pula lebih melihat sesuatu peristiwa dan akan cuba membuat ramalan tentangnya. Ia bukan setakat mencatat peristiwa-peristiwa sejarah semata-mata, tetapi pengkajian sejarah cuba mengemukakan beberapa pola tingkah laku politik yang pernah terjadi. Sumbangan pengkajian sejarah akan membantu seseorang ahli sains politik untuk lebih menyedari pelbagai kemungkinan yang akan wujud pada masa hadapan. Fahaman tentang sejarah negara tertentu dan dunia amnya akan menolong seseorang ahli sains politik memberikan ramalan tentang sesuatu kemungkinan. Fahaman yang mendalam tentang sejarah sesebuah masyarakat yang ingin diselidiki sememangnya menjadi prasyarat sebelum seseorang penyelidik dapat mengemukakan pendapatnya.

BIDANG-BIDANG SAINS POLITIK

Sains Politik merangkumi satu bidang pengajian yang mengkaji konflik yang wujud serta bagaimana kepentingan dan nilai-nilai yang bertentangan diselaras atau didamaikan.Antara bidang kecil yang menjadi tumpuan dan keutamaan pelajar-pelajar sains politik adalah seperti berikut:

1. Falsafah dan teori politik
2. Politik dan kerajaan kebangsaan
3. Pentadbiran awam dan dasar awam
4. Politik perbandingan
5. Hubungan antarabangsa
6. Sosiapolitik dan kebudayaan politik
7. Institusi-institusi politik
8. Pengundian dan pendapat awam
9. Pembangunan politik

Tuesday 10 August 2010

ALIRAN PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL

Thursday 5 August 2010

DEFINISI SAINS POLITIK

Sebenarnya agak sukar bagi seseorang untuk menetapkan makna politik. Ini kerana bidang politik amat luas. pada pegertian biasa, sains politik atau politik dianggap sebagai pengkajian tentang pemerintahan ataupun tinjauan tentang kegiatan yang melibatkan semua perkara yang berhubung dengan pemerintahan, iaitu:
  • Bentuk
  • Struktur
  • Fungsi
  • Dasar-dasar kerajaan