Monday, 23 August 2010

PENGARUH DALAM SISTEM POLITIK


Apabila bercakap tentang kuasa,tidak dapat lari daripada menggunakan perkataan pengaruh. Pengaruh yang dimaksudkan ialah pengaruh kuasa yang dibentuk. Maksud pengaruh secara logiknya, kita bolehlah mengatakan bahawa A boleh mempengaruhi B sekiranya kehendak A menyebabkan perubahan pada tingkah laku B. Seseorang yang berpengaruh hanya boleh mempengaruhi individu atau masyarakat dalam perkara tertentu.



Ada juga yang berpendapat bahawa pengaruh itu merupakan satu keadaan yang membolehkan seseorang membuatkan orang lain menyukainya atau menyokongnya. Keadaan ini mungkin disebabkan dia mempunyai kepandaian semula jadi untuk mengambil hati orang lain. Jadi secara tidak langsung, dia mempunyai kuasa untuk menyebabkan seseorang itu mengikut segala perintah dan arahan yang dikeluarkannya. Jadi boleh disimpulkan yang pengaruh adalah sesuatu yang abstark sebab pengaruh susah didefinisikan dengan jelas. Pengaruh tidak dapat diukur atau dilihat dengan mata kasar, tetapi kesan dan akibatnya adalah jelas.

Aspek-aspek pengaruh termasuklah penyelarasan sumber-sumber politik yang membolehkan seseorang itu mempengaruhi tingkah laku orang lain seperti pekerjaan, wang dan lain-lain. Kemahiran individu yang digunakan dalam pelbagai bidang politik, juga matlamat yang digunakan oleh individu dalam mengembangkan sumber-sumber politik atau cara-cara mendapat atau menggunakan politik. sesetengah orang menggunakan kekayaannya untuk mendapatkan kuasa atau pengaruh politik dan sesetengahnya untuk kepentingan diri sendiri.



0 comments:

Post a Comment