Monday, 23 August 2010

HUBUNGAN SAINS POLITIK DENGAN SAINS SOSIAL YANG LAIN

Sejarah
Seorang ahli sejarah bertujuan menianjau akan masa lampau. Ahli politik pula lebih melihat sesuatu peristiwa dan akan cuba membuat ramalan tentangnya. Ia bukan setakat mencatat peristiwa-peristiwa sejarah semata-mata, tetapi pengkajian sejarah cuba mengemukakan beberapa pola tingkah laku politik yang pernah terjadi. Sumbangan pengkajian sejarah akan membantu seseorang ahli sains politik untuk lebih menyedari pelbagai kemungkinan yang akan wujud pada masa hadapan. Fahaman tentang sejarah negara tertentu dan dunia amnya akan menolong seseorang ahli sains politik memberikan ramalan tentang sesuatu kemungkinan. Fahaman yang mendalam tentang sejarah sesebuah masyarakat yang ingin diselidiki sememangnya menjadi prasyarat sebelum seseorang penyelidik dapat mengemukakan pendapatnya.



Falsafah
Bidang falsafah merupakan usaha rasional dan sistematik untuk mencari jawapan atas persoalan-persoalan yang berkenaan dengan alam semesta dan kehidupan manusia. Falsafah juga membahaskan persoalan-persoalan antara norma yang baik dengan yang buruk. Ia juga menyediakan pedoman bagi manusia dan menetapkan sikap hidup dan tingkah lakunya. Sains politik mempunyai pertalian yang erat dengan falsafah politik.

Sosiologi
Sosialogi sememangnya membantu sarjana sains politik memahami latar belakang, susunan dan pola kehidupan sosial daripada pelbagai golongan dan kelompok masyarakat. Sarjana sains politik banyak menggunakan pengertian dan teori-teori sosiologi untuk menerangkan fenomena politik, terutama mengapa manusia bertindak sedemikian apabila menghadapi sesuatu cabaran dan bukan dengan cara yang lain. Sosiologi lebih menumpulan perhatian kepada perkembangan ekonomi dan teknologi moden. Juga mengetahui setakat mana susunan dan stratifikasi sosial dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kebijaksanaan, corak dan kesahan politik, sumber-sumber kekuasaan politik, pengendalian sosial dan perubahan-perunahan sosial. Sosiologi menyumbangkan pengertian sebagai satu lembaga pengendalian sosial. Ia juga sependapat dengan sains politik yang mengatakan negara dianggap baik sebagai asosiasi (kalau melihat manusia) mahupun sistem pengendalian.

Antropologi
Antropologi cuba menerangkan bagaimana kebudayaan manusia berkembang. Antara perkara yang mendapat perhatian ahli antropologi ialah persoalan kebudayaan seperti agama, kumpulan etnik, corak kekeluargaan dan pemegangan sesuatu nilai. Golongan antropologi juga lebih banyak menumpu perhatian kepada istitusi masyarakat dan kebudayaan di desa, di kawasan pedalaman dan juga kelompok-kelompok kecil. Perhatian sarjana sains politik terhadap antropologi semakin meningkat selaras dengan bertambahnya perhatian dan penelitian tentang kehidupan serta usaha modenisasi politik di negara yang baharu membangun.

Ekonomi
Ilmu ekonomi menjadi salah satu cabang sains sosial yang memiliki teori ruang lingkup serta kaedah relatif yang ketat dan terperinci. Ia digunakan untuk menyusun perhitungan dan kerana pemikiran yang berpunca daripada faktor kekurangan (scarcity) menyebabkan ilmu ekonomi berorientasi kuat terhadap kebijaksanaan yang rasional, khasnya hubungan antara, tujuan dan cara mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Oleh sebab pemikirannya yang berasal daripada faktor kekurangan, ia telah memaksa ilmu ekonomi berikhtiar lebih banyak ke arah ramalan yang berdasarkan perhitungan yang saksama. Nyata sekali, sesetengah pengetahuan tentang bidang ekonomi telah menjadi suatu bahagian yang penting dalam pembelajaran dan penyelidikan sians politik.

Psikologi Sosial
Psikologi sosial mempelajari hubungan timbal balik antara manusia dengan masyarakat, khususnya faktor-faktor yang mendorong manusia untuk bersaing dalam ikatan kelompok atau golongan. Ia lebih menumpukan perhatian terhadap individu, maka psikologi sosial berusaha untuk menyusun rangka analisis yang dapat menghubungkan kedua-dua tingkap tersebut. Akhirnya satu fahaman tentang psikologi sosial akan membantu penganalisis tentang pembentukan-pembentukan sifat ketaatan terhadap peraturan-peraturan pemerinthan yang diamalkan di dalam sesebuah masyarakat.

Geografi
Pengkajian geografi mengkaji hubungan manusia dengan alam sekelilingnya.Pengajian geografi akan membincangkan soal kependudukan yang kemudiannya mengakibatkan wujudnya sesebuah negara dan peranan alam sekitar terhadap manusia juga turut diberi perhatian. Pendek kata, satu fahaman yang mendalam tentang geografi akan membantu ahli sains politik.

1 comments:

Aku dan ... said...

tq... sngt membantu..tp kena translate plak ke dalam BI...adui... bagus mcm ni sbab subject PAD120 uitm sama..

Post a Comment