Tuesday 24 August 2010

CORAK POLITIK DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan kongsi pengasingan kuasa. Tetapi, pembahagiaanya tidak ketat walaupun terdapat tiga badan pemerintah, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Malaysia mengamalkan corak percantuman kuasa (fusion of power), iaitu badan pemerintahan dan badan perundangan dianggotai oleh orang yang sama dan mereka bertanggungjawab akan atas dasar-dasar kementerian dan secara keseluruhan kepada parlimen. Manakala, kehakiman ataupun mahkamah pula mempunyai kuasa yang tersendiri dan dianggotai oleh orang yang berlaianan.




Parlimen Malaysia mempunyai kuasa mutlak. Setiap 5 tahun rakyat akan memilih ahli-ahli dewan rakyat, iaitu majlis yang paling berkuasa antar dua majlis berparlimen. Dari semasa ke semasa, parlimen akan mengadakan persidangan dan wakil-wakil rakyat akan diberi peluang untuk mengkritik dan membantah serta menteri-menteri berkewajiban menjelaskan serta mempertahankan cadangan kerajaan. Jika rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan mereka boleh mengundi parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum yang akan datang. Jadi, menteri-menteri sentiasa berwaspada dalam tindakan mereka. Mengikut perlembagaan, parlimen oleh Yang Di Pertuan Agung, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

0 comments:

Post a Comment