Monday 23 August 2010

SUMBER KUASA

Terdapat tiga sumber kuasa. Pertama, personaliti, iaitu unsur-unsur peribadi penting seperti keadaan fizikal, kecerdasan, cara berpidato, akhlak seorang pemimpin. sebenarnya kesemua sifat peribadi pemimpin itu dapat dikatakan sebagai sifat karismatik. karisma atau daya penarikan seorang pemimpin boleh menolong dan mendorong pemimpin menjayakan sesuatu yang diingini oleh pemimpin untuk mengasuh atau mempengaruhi para pengikutnya. Antara pemimpin yang mempunyai daya penarik yang kuat ialah Mao-tse Tung, Sukarno, Mahatma Gandhi, Gamal Nasser, John F. Kennedy dan Ayatollah Khomeini. Namun, semua pemimpin berkarisma sememangnya memerlukan organisasi tertentu untuk mencapai cita-cita.



Kedua, kekayaan dan harta. Orang yang mempunyai harta dianggap mempunyai kuasa kerana para pengikutnya berharap akan mendapat ganjaran. Bagaimanapun, kekayaan juga mempunyai had yang tertentu, kerana kehilangan kekayaan akan mengakibatkan kehilangan kuasa serta pengikut yang mengharapkan ganjaran.

ketiga, organisasi, iaitu unsur paling berpengaruh. Seseorang pemimpin dapat menjaminkan pengaruh dan kuasanya tidak pudar dengan mengadakan pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kehendak seorang pemimpin. Dalam hal ini, kita boleh lihat contoh beberapa buah parti politik yang berfungsi untuk mempertahankan kehendak seseorang pemimpin. Misalnya, Parti Konvesyen Rakyat yang disusun oleh pemimpin Ghana, iaitu Kweme Nkrumah.

0 comments:

Post a Comment