Tuesday 24 August 2010

POLITIK NEGARA

Negara boleh menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk membuat peraturan bagi semua lapisan masyarakat.Rakyat sememangnya adalah di bawah bidang kuasa negara dan mereka menjadi ahli secara wajib.Semua anggota masyarakat adalah di bawah penguasaan negara.Negara dinilai daripada keluasan tanah atau penaklukan jajahan dan setiap negara yang wujud adalah merdeka dan berdaulat.



Sistem utama negara ialah peraturan yang disokong dengan kuasa,seperti perundangan,pentadbiran dan kehakiman.Menurut Adam Smith,pemimpin mempunyai tiga tugas iaitu melindungi kerajaan daripada kekejaman dan serangan,melindungi rakyat daripada ketidakadilan dan menetapkan pentadbiran, dan menyediakan pekerjaan kepada rakyat.

Negara bukan sahaja sebuah institusi yang mengenakan atau mewajibkan undang undang ke atas ahlinya. Tetapi juga kepada pertubuhan pertubuhan lain yang bukan daripada institusi di bawahnya. Persatuan persatuan ini boleh menggunakan peraturan yang mereka bentuk jika pihak kerajaan membenarkannya. Tetapi, ia tetap di bawah peraturan dan undang undang negara tersebut.

Pada amnya, adalah benar bahawa negara mempunyai kuasa memelihara undang undang dan merupakan kebenaran untuk memaksa ke atas ahli ahli yang terdiri daripada rakyat sendiri yang telah bersatu padu untuk membentuk negara. Mereka mewakili pihak yang benar dan dianggap sah untuk mewakili semua masyarakat.

Pihak pihak yang menentang dasar ini adalah kerana kerana kepentingan masyarakat tidak dijalankan yang selalunya hanya beraksi untuk kepentingan mereka atau untuk mempertahan kepentingan parti atau pertubuhan mereka sahaja.

0 comments:

Post a Comment