Tuesday 24 August 2010

KERAJAAN

Kerajaan ditubuhkan atas dasar keinginan manusia yang mahukan kesejahteraan. Kerajaan mendapat keabsahan daripada rakyat, terutama untuk memimpin mereka ke arah kesejateran atau taraf hidup yang lebih baik.Oleh itu, kerajaan di ujudkan untuk menjamin cita rasa rakyat untuk kestabilan negara.



Harold Laski menekaqnkan bahawa kerajaan merupankan satu intitusi yang terdapat dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan secara sah. Beliau juga menyarankan bahawa negara dapat menggunakan paksaan supaya arahan arahannya di patuhi oleh rakyat.

R.M.Maclver pula memdefinisikan kerajaan sebagai suatu pertubuhan pusat yang mengekalkan satu sistem peraturan ke atas masyarakat.A.Appadorai pula memdefinisikan kerajaan sebagai satu agensi atau jentera yang merumus, mengenal dan melaksanakan kehendak kehendak negara. Menurut beliau semua badan yang terlibat dalam urusan tersebut seperti dewan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman adalah ditarifkan sebagai kerajaan.

Daripada definisi yang dibentangkan kita dapat menghuraikan bahawa kerajaan merupakan satu badan atau lembaga yang terdapat dalam sesebuah negara. Ia pula bertindak sebagai satu jentera yang merumus dan melakasanakan dasar-dasar negara yang merangkumi semua badan yang terlibat dalam membuat, melaksana sebagai badan pengaman dan menentukan arah kehidupan masayarakat sesebuah negara.



0 comments:

Post a Comment