Monday 23 August 2010

NEGARA DAN POLITIK

Dalam sebuah negara, politik memainkan peranan penting dalam menentukan pihak manakah yang akan memegang teraju pemerintahan tersebut. Politik boleh disamakan juga sebagai kerajaan, tetapi bagi D. D. Raphael politik itu merangkumi perbuatan dan tingkah laku rakyat atau sesebuah masyarakat yang membawa banyak kebaikan kepada mereka sendiri melalui proses mempengaruhi kerajaan. Kerajaan juga boleh ditafsirkan sebagai satu badan yang merangka undang-undang sesebuah negara.



Ramai penulis berpendapat bahawa kerajaan dan politik tidak dapat dipisahkan dengan alasan bahawa kegiatan-kegiatan politik yang ada tidak semuanya aktif. Mereka menyatakan rakyat wujud apabila wujudnya negara dan jika wujudnya rakyat tentu ada yang mentadbir atau memerintah atau dikenali sebagai pemerintah. Dari sinilah wujudnya politik yang bertujuan untuk membentuk kerajaan.

Politik ialah kuasa yang sukar ditafsir kerana terdapat berbagai-bagai pendapat mengenai definisi politik. Politik meliputi keseluruhan masyarakat di dalam negara tidak kira bangsa dan agama. Politik bukanlah percanggahan fizikal, tetapi hanya dalam bentuk ideologi-ideologi sahaja. Menurut D. D. Raphael ruang lingkup politik adalah di dalam negara sahaja.

0 comments:

Post a Comment