Monday 23 August 2010

DEFINISI KUASA

Konsep kuasa merupakan salah satu daripada konsep utama pengkajian politik. Segala kegiatan atau proses politik dikatakan berkisar atas persoalan kuasa. Konsep kuasa membawa pelbagai maksud dan ia terpulang kepada keadaan tertentu dalam masa istilah tersebut digunakan. Kuasa didefinisikan sebagai sejenis keupayaan atai ciri semula jadi pemerintah. Ia juga dianggap sebagai sejenis keupayaan untuk menyelesaikan masalah, melaksanakan sesuatu di mana manusia yang boleh mendatangkan sifat kestiaan di kalangan orang perseorangan. Kuasa juga bermaksud pengaruh, bercorak kawalan dan juga dikerah untuk mempengaruhi ketaasetian rakyat. Jika ia digunakan secara berkesan ia boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain.



sebenarnya istilah kuasa pernah digunakan oleh ramai pemikir politik di zaman silam dan mengaitkan konsep tersebut dengan kuasa mutlak yang dipunyai oleh pemerintah. David Easton, mendefinisikan kuasa sebagai satu kebolehan yang dipunyai oleh seseorang individu atau kumpulan, dan kebolehan ini menjelma apabila mereka mempengaruhi individu atau kumpulan yang lain untuk memenuhi kehendak orang atau individu yang dipercayai mempunyai kuasa. Bertrand Russell mendefinisikan kuasa sebagai satu nilai yang bersifat kuantiti, iaitu yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu kesan atau kejadian. Talcott Parsons mendefinisikan kuasa sebagai satu keupayaan yang dipunyai oleh unit-unit tertentu yang boleh memaksa organisasi besar atau kolektif memenuhi tanggungjawabnya terhadap unit-unit tadi. Beliau juga menyatakan bahawa kuasa sering digunakan sebagai satu mekanisme untuk memberikan perubahan yang diingini dalam semua hubungan masyarakat.

Oleh yang demikian, kuasa sering kali dianggap sebagai satu kebolehan memaksa orang lain berbuat sesuatu ataupun untuk menjayakan sesuatu rancangan mengikut naluri seseorang walaupun ditentang. Ia juga boleh dikatakan satu keupayaan yang berpunca daripada hak dan kedudukan yang istimewa untuk mengawal tabiat dan kelakuan masyarakat secara langsung atau tidak langsung. Secara keseluruhannya, maksud kuasa ialah kebolehan menyatakan sesuatu dan memaksa untuk berbuat sesuatu kerana takutkan kuasa.

0 comments:

Post a Comment