Thursday 5 August 2010

DEFINISI SAINS POLITIK

Sebenarnya agak sukar bagi seseorang untuk menetapkan makna politik. Ini kerana bidang politik amat luas. pada pegertian biasa, sains politik atau politik dianggap sebagai pengkajian tentang pemerintahan ataupun tinjauan tentang kegiatan yang melibatkan semua perkara yang berhubung dengan pemerintahan, iaitu:
  • Bentuk
  • Struktur
  • Fungsi
  • Dasar-dasar kerajaan


Terdapat dua kriteria yang wujud dalam mencorakkan tafsiran, iaitu tradisional dan moden. Tafsiran tradisional cuba membuat takrif atau pengertian tentang politik berasaskan institusi yang sedia ada yang mencorakkan kehidupan politik. Manakala yang ditakrifkan sebagai moden ialah cuba mentafsirkan kegiatan atau tingkah laku manusia. Tokoh-tokoh tradisional mentafsirkan politik ialah kenyataan yang mengatakan politik mengambarkan urusan pemerintahan. sebaliknya, golongan modenis menganggap tafsiran yang tertumpu kepada negara dan pemerintah adalah kurang tepat. Roberts menyatakan bahawa politik perlu dianggap sebagai satu proses sosial yang menentukan matlamat sesuatu sistem politik.

Sebagai kesimpulan, dapat dinyatakan bahawa penggunaan istilah politik menimbulkan maksud bahawa ia merangkumi faktor-faktor pengagihan kuasa, pengkajian kerajaan dan tingkah laku manusia dalam masyarakat agar pertentangan kepentingan dapat diselesaikan.

0 comments:

Post a Comment